Sunday 22 July 2012

monolog- feeling inside at the moment




Assalamualaikum...hola everyone...alhamdulillah, melepasi Ramadan day 2, and will continue for day 3..insyaallah...rasanya coretan untuk Sisi Perjalananku ber 'mood ' agak serius..huhu... Sememangnya, kalau diikutkan memang banyak yang ingin ditulis, diluah dan dikongsi dalam teratak blog ini, namun bukan semua perkara kita boleh kongsi, because in certain thing it become too personal, hard to explain, wordless, and only ALLAH knows what we feeling inside... dan aku ini sekadar melepaskan rasa dengan coretan..;)

Well...I don't know how to start mencoret in here...but then feeling inside at this moment, is something..... ada ketika rasa ibarat dicampak batu besar ke dada....**..benarlah, sebagai manusia yang lemah kita hanya mampu merancang, sebaik mana pun rancangan, hakikat sesungguhnya Allah s.w.t Maha Menentukan....Kehidupan sememangnya tidak akan selalu indah, ada kala ujian dan badai datang menimpa di saat kita mengecap rasa nikmat bahagia...tetapi apa yang membezakan, adakah tatkala ujian atau nikmat datang kepada kita semakin jauh atau semakin dekat dengan Sang Khaliq, Maha Pencipta??.. dan apa yang paling utama adakah kita benar-benar menerima sesuatu ujian itu dengan ikhlas dan redha....??

Iya...ikhlas dan redhanya seseorang, hanya Allah yang dapat menilainya..kekuatan kesabaran dan keimanan yang teguh sangat menjadi peranan utama saat manusia dihimpit ujian, perasaan runsing dan berdukacita.. Adakala aku sendiri tidak lari dengan mengeluh dan tewas dengan belenggu perasaan yang tidak berpuas hati dengan kehidupan yang dijalani....Aku melihatnya terhadap diri sendiri...ya..kita berkata memanglah mudah, namun saat kita melaksanakan, ada sahaja belenggu perasaan yang kadang kala menggugat rasa keikhlasan yang telah disematkan sejak dari awal lagi.....apatah lagi untuk memelihara sebuah keikhlasan yang semata-semata lillahi taa'la....cukup sukar sekali..

Diri ini kadang kala boleh menjadi lebih kuat dari yang disangka, dan kadang kala boleh menjadi tidak sekuat yang disangka,.. bila kita merasa begitu rendah diri dan sedih dengan nasib, maka pada masa itu manusia goyah iman dan mula menyalahkan takdir... terlalu banyak perkara yang difikirkan dan dipersoalkan...adakala diri ini tidak dapat tidak, membandingkan perjalanan hidup dengan orang lain, menangis dan merenung masa depan yang tidak pasti...... dan yeah, dalam keadaan tertentu timbul rasa cemburu melihat kejayaan dan kesenangan orang lain, TAPI aku cepat mulai sedar, perkara tersebut seharusnya menjadi motivasi diri untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.... insha allah!

Dalam usia seperti aku ini, sememangnya banyak perkara yang ingin diteroka, atau selalu yang disebut           " biasalah jiwa muda, macam-macam nak teroka,macam-macam nak buat, semangat!!"... dan itu juga adalah aku..... saat diri begitu ghairah untuk memantapkan pengurusan diri dari pelbagai aspek khususnya dari segi kerjaya dan kewangan, berdikari, membina network kenalan, saat itu aku berdepan dengan pilihan dan dilema yang kadang-kadang bisa mematahkan semangat...bagi setengah orang, mungkin ia merupakan ujian yang kecil dan tidak seberapa, namun badan yan memikulnya cukup terasa dengan impaknya.... dalam tika itu, sekali lagi diri ini membandingkan kehidupan dengan orang lain.....masya allah, betapa tidak bersyukurnya diri ini...

Iya, aku tahu kalau terlalu dilayan sangat perasaan sebegitu ia boleh mengundang padah..mujur diri ini masih mampu mengawal emosi..berpegang kepada prinsip bahawa setiap yang berlaku pasti ada sebab dan hikmah tersendiri, dan itulah yang menjadi penguat diri apabila aku berdepan dengan ujian...... Sesungguhnya, tidak semua orang benar-benar faham akan apa yang kita lalui  kerana orang lain mudah membuat tafsiran dan spekulasi mereka....Justeru itu, kita berbalik kepada fitrahnya, untuk bergantung, memohon, merayu dan menyerah diri kepada ALLAH S.W.T, kerana dia lah yang MAHA MENGETAHUI segala yang tersurat dan tersirat, dan pengatur yang terbaik kepada setiap hamba-hambanya...... tidak berhenti hati ini memohon & memanjatkan doa agar ALLAH menentukan kebaikan yang terbaik untuk diri ini dan menjadikan aku redha kepadanya (perkara yang berlaku)...Aku percaya Rezeki dan Rahmat Allah itu cukup luas dan besar...

Keutamaan yang sepatutnya diutamakan, mesti dilakukan dengan ikhlas walau belenggu perasaan menggugat rasa tersebut..semoga rintihan hati ini, ALLAH bakal menghadiahkan sesuatu yang indah...DOA dengan sesungguhnya, kerana ALLAH suka dan rindu untuk mendengar rintihan-rintihan hambanya.... bersempena dengan bulan yang penuh dengan kemuliaan, kebesaran dan keagungannya, Ramadan..aku bermohon agar diri ini mampu menjadi lebih baik dari sebelumnya, memperoleh keampunan, kesabaran, kekuatan, kerahmatan, kesejahteraan, kesyukuran dan menemui kebahagian hakiki bersama insan-insan tersayang..i'allah... Terima kasih ya ALLAh atas segala yang telah aku lalui kerana menjadikan aku adalah aku untuk terus survive.....=)
AMEEN...~


 SALAM RAMADAN SEMUA....
1433 HIJRAH