Thursday 14 October 2010

Saya Bangga saya JAWA....hehe


salam..kabare?
hehe...
waras opo orak...?
tu dia...da cakap jawa..


So.. kite berbalik kepada tajuk di atas, tentang saya bangga saya Jawa...em, kadang-kadang saya musykil dan tertanya-tanya....kenape orang jawa tapi malu nak mengaku jawa..aissshh...sedih betul kalu ada orang yang macam ni..lihatlah berapa ramai orang jawa yg da berjaya dan alhamdulillah dalam kalangan famili saya pun mereka semua berjaya menamatkan pengajian di peringkat universiti..tahniah abang2 dan kakak2 ku.....hehe....doakan sy pulak dapat graduate pada 2012 neh....gittuu...insyaallah...=)

orang Jawa di Selangor yang terbanyak tinggal di kawasan Tanjung Karang, Sabak Bernam, Kuala Selangor, Kelang, Banting, dan Sepang. Mereka masih mengekalkan beberapa unsur Jawa meski tidak total. bahkan di tempat saya pun, iaitu di KG JALAN KEBUN, orang Jawa masih lagi ramai.....hehe..

Di sini ingin saya kongsikan rentetan cerita berkenaan REWANG, yang lazim dilakukan jika mengadakan kenduri khususnya bagi orang2 Jawa....lets follow..........

Amalan rewang sememangnya sudah sinonim untuk masyarakat Melayu terutama di Selangor dan Johor. Malah perkataan rewang itu sendiri, dikatakan berasal dan cukup popular di kalangan masyarakat Melayu-Jawa.

Bukan saja dipraktikkan ketika akan berlangsungnya majlis perkahwinan besar-besaran, rewang juga sering digunakan sebagai kata ganti untuk membantu tuan rumah sebagai persediaan majlis kenduri kecil-kecilan, misalnya kenduri kesyukuran.

Amalan ini juga tidak akan lengkap, jika tiadanya kudap-kudapan tradisional seperti tempeyek, kuih layang-layang, lemper, bahulu atau lengkong (sejenis jeli sirap), sebagai makanan sampingan buat tetamu rewang.

Tapi bila bercakap pasal rewang, teringat pula satu lagi istilah, 'berkat' iaitu bungkusan nasi minyak yang diberikan kepada setiap tetamu untuk di bawa pulang seperti dalam kenduri kahwin, tapi tradisi itu jika dilihat pada masa kini kian terhakis.....huhu...nampaknya kalu nak cerita pasal orang Jawa ni mmg banyak sangat...dan, alhamdulillah...SAYA BERJAYA SELESAIKAN TUGASAN BG FIELD WORK BERKENAAN MASYARAKAT JAWA....pada bulan 2, 2010....nak tahu lebih lanjut...bley tgk repot tersebut....WAKAKA....em..before tu..sy nk ckp sedikit bahasa jawa..

" mugo2 aku iso dadi wong seng apik, iso nolongi wong..." hehe..yo wess...aku wes arek lungo iki...sambung meneh dino laen...=))))..papai..& salam..



No comments:

Post a Comment